Sogo Mayang Mall, Kuala Terengganu kini Dibuka

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – SOGO mencatat lagi sejarah kejayaan mereka dengan pembukaan besar-besaran cawangan keempat mereka, SOGO Mayang Mall yang bakal menjadi pusat beli belah tumpuan utama bagi Pantai Timur.

Bersempena sambutan ulang tahun ke-30 SOGO, pembukaan Mayang Mall ini menjadi satu lambang kebanggaan di atas kejayaan yang membuktikan pencapaian baik dan komitmen berterusan bagi memenuhi kuasa beli pelanggan yang sentiasa berubah sambil menampilkan suasana gedung yang kondusif, menarik dan moden.

Majlis pembukaan yang diadakan pada Khamis itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, YB Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Korporat), Encik Hilman Hajijan serta Ketua Pegawai Operasi Kumpulan SOGO Malaysia, Mr. Raymond Teo.

SOGO Mayang Mall yang berkeluasan 100,000 kaki persegi berada di lokasi strategik di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Terengganu menawarkan atmosfera yang moden serta ruangan yang minimalis buat pengunjung yang hadir.

Gedung jualan tiga tingkat menempatkan kira-kira 300 jenama terkenal pelbagai produk kecantikan, pakaian untuk lelaki dan wanita, barangan bayi, koleksi barangan keperluan rumah dan peralatan tempat tidur untuk pilihan pelanggan.

Antara jenama yang dibawa ke Mayang Mall antaranya, Erica, POLO Haus, DP Ladies, Jeep, Original Classic, Mickey Shoes, Polo Kids, Baby Polo, Kiko, dan banyak lagi.

Sempena pembukaan Mayang Mall ini, SOGO berkolobrasi Bersama Bank Islam telah melancarkan kempen peraduan “Shop&Fly” kepada pengguna bermula 5 Disember 2024 sehingga 28 Februari 2025 yang menawarkan hadiah utama ekslusif 5 hari 4 malam bagi 2 orang ke Dubai (bernilai RM16,000 setiap seorang), turut ditawrkan lima hadiah sagu hati berupa beg bagasi Bersama kelengkapan perjalanan yang bernilai RM 600 setiap satu.