Somalia : 73 000 Warga Terkesan Akibat Banjir

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Seorang wanita Somalia sedang mengharungi banjir. Foto- AA

Musim Hujan Deyr yang menghimpit negara Somalia antara bulan Oktober dan Disember, telah menjejaskan kehidupan kira-kira 73,000 ribu orang, kata agensi PBB.

“Antara yang terjejas adalah lebih 53,000 orang dimana mereka kehilangan tempat tinggal dan merupakan anggota komuniti di bandar Baidoa di kawasan Barat Daya.

“Kemungkinan sekurang-kurangnya 80 peratus mangsa banjir yang tinggal di tempat perlindungan sementara akan terjejas jika hujan meningkat terus lebat,” tambahnya.

Agensi itu mengatakan bahawa banjir telah memberi kesan terhadap kawasan perladangan di beberapa tempat yang boleh memberi impak buruk terhadap gangguan makanan dalam tempoh akan datang.

Di kawasan Barat Daya Somalia, kenaikan yang berterusan di Sungai Shabelle “telah mengakibatkan limpahan dan kerosakan sungai yang teruk sehingga menenggelamkan 5.000 hektar tanah pertanian di enam kampung,”

“Di Jubaland, limpahan air dari Sungai Dawa telah menenggelamkan 5.000 hektar tanah pertanian dan memberi kesan terhadap sekitar 10,000 orang di daerah Dollow dan Belet Xaawo,” tambahnya.

“Di Hirshabelle , jalan-jalan yang menghubungkan Jowhar ke Mogadishu dan jalan ke lapangan terbang turut dilaporkan mengalamibanjir. Ini telah memberi kesan terhadap pengangkutan untuk penumpang dan barang keperluan, termasuk pengangkutan makanan dari Mogadishu ke kota Jowhar,”

“Pihak berkuasa tempatan di Gaalkacyo, Galmudug State, telah meminta bantuan kemanusiaan segera untuk mengalirkan air yang bertakung dan memulihkan tandas, penyediaan peralatan kebersihan, tempat tinggal, dan barang-barang bukan makanan untuk mereka yang terjejas.”

Perubahan iklim juga dapat dirasai di Somalia, Chad, dan wilayah Sahel seperti kenaikan suhu dan hujan yang tidak dapat diramalkan disebabkan oleh perubahan iklim sehingga mengakibatkan hasil tanaman turut menurun . Masyarakat dari golongan miskin sering terdedah kepada ancaman yang lebih besar akibat bahaya iklim.

Sumber : Memo