KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR PAHANG
Sebagai melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini yang bermula 22 Januari hingga 4 Februari 2021 sepertimana ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri menerusi mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) semalam, telah menetapkan bahawa:
1) Orang ramai TIDAK DIBENARKAN keluar dari kediaman masing-masing kecuali berikut;
a) Dua (2) orang sahaja wakil isi rumah untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat-ubatan, penokok diet dan keperluan asas, dalam daerah yang sama.
b) Maksimum tiga (3) orang sahaja termasuk pesakit, untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan dalam daerah yang sama.
c) Pelajar dan calon yang menduduki peperiksaan utama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 & 2021, Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Vokasional Malaysia (DVM), Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus untuk Tingkatan 1 dan 4 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.
d) Pergerakan kenderaan persendirian jabatan Kerajaan atau syarikat swasta bagi tujuan pergi dan balik tempat kerja atau menjalankan URUSAN RASMI KERAJAAN, adalah bergantung kepada kapasiti tempat duduk kenderaan tersebut.
e) Rentas daerah dan negeri TIDAK DIBENARKAN kecuali bagi hal-hal kecemasan seperti kematian serta dengan kebenaran Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
f) Penghantaran bantuan bencana kemanusiaan dari luar negeri Pahang perlu mendapat kelulusan menerusi sistem ebanjir.gov.my dan kebenaran rentas negeri daripada PDRM. Drop point penghantaran barangan ialah di Bentong, Rompin dan Kuantan, dan pengagihan akan dilaksanakan oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) Negeri/Daerah.
g) Pergerakan rentas daerah bagi badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan negeri Pahang bagi kerja-kerja gotong-royong pasca banjir adalah DIBENARKAN untuk daerah yang memerlukan sahaja. Jumlah sukarelawan dibenarkan seramai 10 hingga 15 orang sahaja bagi satu NGO/agensi. Permohonan perlu dibuat melalui ebanjir.gov.my dan kebenaran rentas daerah daripada PDRM.
h) Aktiviti memancing rekreasi TIDAK DIBENARKAN sepertimana ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
2) Aktiviti Dalam Kawasan PKP
a) Semua aktiviti yang TIDAK TERSENARAI dalam SENARAI KEPERLUAN/PERKHIDMATAN PERLU adalah tidak dibenarkan.
b) Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan/kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka DIBENARKAN beroperasi bermula 6 pagi hingga 10 malam.
c) Aktiviti penjualan dan pembekalan makanan hanya dibenarkan secara BAWA PULANG, pandu lalu atau penghantaran bermula 6 pagi hingga 10 malam. Bagi penghantar persendirian, perlu mendapatkan permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
d) Kedai runcit & kedai serbaneka DIBENARKAN beroperasi bermula 6 pagi hingga 10 malam.
e) Stesen minyak boleh beroperasi bermula 6 pagi hingga 10 malam kecuali stesen minyak di lebuhraya yang dibenarkan beroperasi 24 jam.
f) Pasar harian dan pasar tani dibenarkan beroperasi bermula 6 pagi hingga 2 petang.
g) Pasar borong boleh beroperasi bermula 12.01 pagi hingga 4 petang.
h) Pasar malam pula dibenarkan beroperasi bermula 4 petang hingga 10 malam dengan kawalan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat iaitu –
# Tapak pasar malam perlu mempunyai kawalan laluan masuk dan keluar.
# Kedudukan antara kanopi peniaga hendaklah berjarak satu (1) meter.
# Susunan kanopi adalah mengikut kategori produk pada setiap lorong, dan kawalan pengunjung perlu diadakan bagi mengelakkan berlaku sentuhan/pelanggaran sesama pengunjung.
# Semua premis/outlet perlu mematuhi SOP umum iaitu WAJIB memakai pelitup muka, penggunaan aplikasi MySejahtera, memeriksa suhu badan, penjarakan fizikal satu (1) meter dan penyediaan hand sanitizer. Peniaga dan pelanggan yang bergejala seperti batuk, demam dan selsema DILARANGmengunjungi kompleks membeli-belah dan pasar malam.
i) Kompleks membeli-belah (shopping mall) boleh dibuka, dan waktu operasi perniagaan bermula 10 pagi hingga 10 malam dengan dikehendaki mematuhi syarat-syarat berikut –
# Semua aktiviti perniagaan sedia ada dibenarkan beroperasi KECUALIaktiviti berbentuk hiburan dan permainan seperti Kiddie Ride, Game Centre, panggung wayang, Karaoke, Snooker, Bowling, Claw Game, Pub, Kelab Malam, Taman Tema Indoor & Outdoor Playground, Cybercafe, E-sports, Spa, Saloon, Kedai Gunting, Pusat Urut/Reflexology, konsert dan acara langsung.
# Menghadkan laluan/pintu masuk ke kompleks bagi mengawal bilangan pengunjung yang terlalu ramai hingga menyebabkan kesesakan dan sukar dikawal. Hanya laluan/pintu masuk melalui kompleks sahaja dibenarkan, pintu masuk melalui premis sewaan (tenant) adalah tidak dibenarkan.
# Penggunaan lif dihadkan mengikut keluasan lif dan mesti dibuat penandaan jarak satu (1) meter antara pengguna.
# Penyewaan kiosk/gerai/push cart tertakluk kepada penjarakan (dua (2) meter antara kiosk) pada kadar 50 peratus daripada kuantiti sedia ada. Pihak kompleks perlu menyediakan pelan lantai bagi sewaan kiosk/gerai/push cart.
# Menyediakan hand sanitizer/tisu/tong sampah di setiap lokasi mesin pengeluaran wang (ATM) dan pintu masuk.
# Pelanggan tidak dibenarkan mencuba (fitting) sebarang jenis pakaian dan kasut (melainkan dengan penggunaan plastik/stokin pakai buang). Pelanggan juga tidak dibenarkan membuat penukaran/pemulangan semula pakaian yang telah dibeli.
# Restoran/premis makanan/food court yang terdapat dalam kompleks boleh beroperasi secara beli dan bungkus, take away atau penghantaran sahaja. Tidak dibenarkan makan di premis.
# Kompleks akan ditutup selama tiga (3) hari untuk pembersihan (sanitation) sekiranya terdapat kes positif COVID-19.
# Setiap tandas perlu dibuat sanitasi sekurang-kurangnya tiga (3) kali sehari dan perlu direkodkan dalam buku rekod pembersihan.
# Pengguna surau dalam kompleks perlu menggunakan sejadah dan telekung sendiri. Jumlah pengguna dalam satu-satu masa, perlu dihadkan mengikut keluasan.
# Sabun pencuci tangan disediakan di surau dan di tandas.
# Menugaskan seorang pengawal sepanjang masa di pintu masuk kompleks, surau dan tandas.
j) Kanak-kanak bawah umur 12 tahun TIDAK DIBENARKAN memasuki kompleks membeli-belah/pasar raya, pasar tani, pasar malam, pasar borong, pasar harian dan tempat-tempat tumpuan yang sesak.
3) Kebenaran operasi dan pergerakan bagi perkhidmatan perlu
a) Semua sektor dalam Senarai Perkhidmatan Perlu yang berdaftar dengan Kementerian/Agensi berkaitan, dibenarkan beroperasi semasa tempoh PKP.
b) Pergerakan pekerja adalah tertakluk kepada pendaftaran/surat kelulusan beroperasi dan pas pekerja/surat pengesahan majikan.
c) Pergerakan rasmi urusan Kerajaan perlu dilampirkan bersama dengan dokumen pengesahan majikan.
d) Kapasiti kehadiran pekerja bagi Perkhidmatan Perlu terhad kepada pekerja yang perlu hadir secara fizikal ke tempat kerja bagi tujuan pelaksanaan tugas.
4) Kelonggaran Aktiviti Riadah
a) Aktiviti jogging DIBENARKAN tidak melebihi dua (2) orang di KAWASAN KEJIRANAN MASING-MASING SAHAJA.
b) Perlu ada penjarakan fizikal yang ketara antara individu yang lain semasa berjogging.
c) Aktiviti berbasikal secara berkumpulan TIDAK DIBENARKAN. Aktiviti perlu dijalankan secara BERSEORANGAN SAHAJA.
d) Waktu dibenarkan melakukan aktiviti riadah bermula 6 pagi hingga 10 malam sahaja tertakluk kepada arahan Pihak Berkuasa.
5) Pusat jagaan harian, pusat asuhan kanak-kanak, taska, tadika dan tabika
a) Pusat asuhan kanak-kanak, taska, tabika dan tadika dibenarkan beroperasi dengan kebenaran Kementerian/Agensi berkaitan.
b) Pusat tuisyen, kelas pengajian agama di luar rumah ibadat DIBENARKANberdasarkan keluasan saiz ruang dan had maksimum seramai 20 orang pada satu-satu masa.
c) Ibubapa/penjaga yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak dibenarkan menggunakan kenderaan dengan jumlah penumpang kanak-kanak mengikut kapasiti kenderaan.
d) Pusat jagaan harian bagi Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas, wanita dan pusat jagaan pelbagai dibenarkan beroperasi semasa PKP.
6) Aktiviti Keagamaan
a) Aktiviti keagamaan di masjid dan surau adalah berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
b) Aktiviti di rumah ibadat bukan Islam DIBENARKAN dengan had kehadiran ahli jawatankuasa dibenarkan seramai lima (5) orang sahaja pada satu-satu masa.
c) Upacara akad nikah bagi orang Islam DIBENARKAN dengan kehadiran maksimum lapan (8) orang sahaja. Upacara akad hanya dibenarkan untuk dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) sahaja.
d) Upacara perkahwinan bukan Islam DIBENARKAN dengan kehadiran had maksimum lapan (8) orang sahaja, di Jabatan Pendaftaran Negara/rumah ibadat/persatuan agama bukan Islam.
7) Senarai Perkhidmatan Perlu
a) Hanya 30 peratus kehadiran dari kumpulan pengurusan manakala jumlah pekerja ditentukan oleh majikan dengan memastikan amalan penjarakan fizikal dan protokol kesihatan awam dilaksanakan di tempat kerja.
b) Perkilangan
# Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair & overhaul (MRO)).
# Automotif (kenderaan dan komponen).
# Makanan, minuman dan rantaiannya.
# Pembungkusan dan percetakan.
# Produk barangan rumah, barang penjagaan diri (FMCG – sabun, pembersih diri dan lain-lain) dan bahan pencuci termasuk rantaiannya.
# Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet.
# Peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan keselamatan kebakaran.
# Komponen untuk alat perubatan.
# Elektrikal dan elektronik.
# Minyak dan gas (oil and gas).
# Petrokimia dan produk petrokimia.
# Produk kimia.
# Mesin dan peralatan.
# Seramik (seramik sebagai acuan bagi pembuatan sarung tangan).
# Besi dan keluli.
# Tekstil yang melibatkan pengeluaran Personal Protective Equipment (PPE) sahaja.
# Sektor perabot.
# Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.
c) Pembinaan
# Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal.
# Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama.
# Kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di kuarters pekerja berpusat (CLQ).
d) Perkhidmatan
# Automotif (pembaikan dan penyelanggaraan).
# Perkhidmatan Kewangan dan rantaiannya.
– Institusi Kewangan (Perbankan, Insurans, Takaful dan entiti-entiti lain yang dilesen, diilulus atau didaftar oleh Bank Negara Malaysia); dan
– Entiti-entiti pasaran modal yang dilesen, didaftar atau dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
# Perkhidmatan perbandaran dan kerajaan tempatan.
– Pajak gadai/kredit komuniti (syarikat peminjam wang berlesen);
– Pengurusan sisa pepejal/ pembetungan;
– Pembersihan awam; dan
– Pembersihan premis dan sanitasi.
# Komunikasi termasuk telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran.
# E-dagang dan rantaiannya termasuk perkhidmatan e-marketplace, pembayaran digital dan pusat internet e-dagang setempat.
# Hotel dan penginapan.
# Sektor pertanian, perikanan dan penternakan termasuk perkhidmatan veterinari.
– Pengurusan ladang/sarang burung walit/kuda/loji pemprosesan haiwan/rumah sembelihan/ternakan/kilang makanan haiwan ternakan/pembekal seperti vaksin/pengurusan ternakan/kedai haiwan kesayangan (operasi pemindahan ternakan adalah pada waktu malam).
– Kawalan penyakit dan dikawalselia pengeluaran ternakan hidup, input ternakan dan produk berkaitan industri ternakan (termasuk eksport dan import).
– Pengurusan kesihatan, diagnosa penyakit dan rawatan haiwan.
# Utiliti (air dan tenaga).
# Perkhidmatan profesional (termasuk akauntan/ peguam/ auditor/ jurutera/ arkitek), saintifik (termasuk R&D) dan teknikal (termasuk penyenggaraan).
# Perkhidmatan kawalan keselamatan (security services).
# Keselamatan dan pertahanan.
# Perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
# Pengangkutan melalui darat, air dan udara.
# Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan dan pemindahan kargo, pemaliman, penyimpanan atau pemukalan komoditi.
e) Perdagangan pengedaran.
# Penggudangan dan logistik.
# Perkhidmatan/ Penjualan/ Penghantaran Makanan dan Minuman.
# Peruncitan/ Pengedaran/ Pemborongan:
– Kompleks beli-belah; pasar raya/ pasar raya besar; departmental store (hanya makanan, keperluan harian, keperluan bayi dan kanak-kanak, perubatan, peralatan elektrik dan berkaitan perlindungan terhadap Covid-19).
– Farmasi/ penjagaan diri, kedai serbaneka/ mini mart, dobi (termasuk layan diri), restoran,kedai cermin mata, kedai telefon, kedai perabut, kedai emas, kedai elektrik dan elektronik, kedai buku dan alat tulis, kedai hardware, makanan haiwan, bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti, pusat pengedaran dan jualan kereta, stesen minyak dan kedai peralatan sembahyang dan pengebumian.
f) Perladangan dan Komoditi.
# Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya.
# Perladangan dan komoditi serta rantaiannya.
g) Lain-Lain
# Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kesihatan selepas berunding dengan Pihak Berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu.
8) Senarai aktiviti yang tidak dibenarkan (Negative List)
a) Aktiviti hiburan
# Di kelab atau pub
# Di taman tema, indoor playground, panggung wayang, pusat arked, pusat karaoke keluarga
# Aktiviti konsert atau acara langsung dengan kehadiran penonton
b) Seminar/bengkel/persidangan/pameran/perhimpunan
# Semua seminar/bengkel/kursus/latihan/persidangan/ceramah/pameran/perhimpunan dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions & Exhibitions (MICE).
c) Aktiviti ekonomi
# Operasi bazar larut malam, car boot sale.
# Operasi kedai gunting rambut, salon kecantikan, spa & refleksologi.
# Kelas muzik, kelas tarian, kelas seni, kelas bahasa dan sebagainya.
d) Penganjuran majlis keramaian
# Majlis Rasmi & Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan petunangan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat, family gathering dan lain-lain majlis sosial.
# Penyertaan pegawai kerajaan dan swasta bagi majlis rasmi dan tidak rasmi dari kawasan PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke luar kawasan.
e) Aktiviti sukan dan rekreasi
# Aktiviti berkelah, aktiviti kolam renang, aktiviti bersentuhan fizikal/sukan tempur, aktiviti perlawanan bagi sukan berpasukan dan aktiviti penganjuran kejohanan/pertandingan.
# Aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkan penglibatan yang ramai dan sukar dikawal penjarakan fizikal.
# Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negara.
f) Aktiviti pelancongan
# Aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan di kawasan PKPD.
# Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia kecuali pelancong asing dari negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri.
g) Lain-lain yang tidak dibenarkan
# Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.
# Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
Adalah diharapkan agar segala ketetapan yang telah dirangka oleh Kerajaan Negeri ini dapat dipatuhi, demi usaha kita bersama-sama dalam menangani dan mengatasi gejala wabak pandemik COVID-19 ini, In Sya Allah.
Sumber: Pahang Media