Spekulasi Darurat: Perdana Menteri menghadap Agong

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Tatkala desas-desus pelaksanaan darurat akan dilaksanakan kerajaan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sumber mengesahkan kepada Sinar Harian sesi menghadap itu diadakan di Istana di Pahang.

“Iya. Perdana Menteri datang ke Pahang”

Al-Sultan Abdullah kini berada di Kuantan, Pahang dan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Imam Ash-Shafie KotaSAS.

Foto : BERNAMA

Terdahulu, spekulasi mengenai untuk pengisytiharan darurat bagi menangani pandemik Covid-19 kian memuncak selepas Mesyuarat Khas Kabinet diadakan hari ini. Ia difahamkan antara inti pati yang dibincangkan dalam mesyuarat khas kabinet pagi tadi.

Meskipun menteri yang ditemui selepas mesyuarat tersebut enggan membuka mulut, portal berita melaporkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Muhyiddin Yassin itu bersetuju membuat proklamasi atau pengisytiharan darurat untuk menangani wabak pandemik Covid-19.

Pada 18 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan jangkitan baharu Covid-19 akan mencecah 1,300 menjelang hujung bulan ini.

Unjuran terdahulu ia berdasarkan nilai R0 atau kebolehjangkitan semasa yang berada pada kadar 1.5, susulan peningkatan kes baharu wabak terbabit ketika ini – SINAR HARIAN