Sakeenah Homes, UK Bantu Sediakan Tempat Tinggal Bagi Wanita Yang Teraniaya

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Bilik permainan di tempat perlindungan Sakeenah Homes yang sediakan di Toronto. Foto- Zena Judge

Waktu ini dimana sedang berlakunya pandemik dan musim sejuk, tempat perlindungan sementara menjadi keperluan bagi wanita dan anak-anak yang melarikan diri disebabkan penderaan atau keganasan rumah tangga.

Untuk memberikan sokongan yang sangat diperlukan, sebuah kumpulan Muslim Kanada membuka tempat perlindungan baru di London, Ontario.

Sakeenah Homes yang berpusat di Mississauga, telah ditubuhkan pada tahun 2018, telah mengoperasikan tempat tinggal dan memberikan sokongan y kepada wanita Muslim dan anak-anak mereka di Toronto, Mississauga, Brampton dan Ottawa.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasasnya, Zena Judge mengatakan langkah itu dilaksanakan setelah menerima panggilan daripada seorang wanita yang memerlukan tempat tinggal.

Judge mengatakan bahawa wanita berkata, “Saya dianiaya. Saya tidak punya tempat untuk pergi, saya tidak merasa selesa di tempat perlindungan ini. Saya tidak dapat berdoa di sini. Ketika saya berpuasa di bulan Ramadhan, saya tidak dapat makanan sebelum matahari terbit atau selepas matahari terbenam. ‘”


Rumah baru di kawasan Barat di London ini akan menempatkan 14 wanita dan anak-anak mereka sehingga menjelang Mac.

Organisasi ini juga membantu wanita untuk memohon pekerjaan, mendapatkan bantuan undang-undang dan perkhidmatan mendamaikan dan mendapatkan sokongan bagi kedua-dua pihak suami isteri,

“Kami memahami nuansa budaya dan keagamaan ini. Dan kami bangunkan pusat ini kerana kurangnya perkhidmatan mengenai hal keganasan rumah tangga serta hak sosial untuk wanita-wanita ini,” kata Judge.

Walaupun tempat perlindungan itu dirancang untuk wanita Muslim, namun pihak mereka akan melayani mana-mana wanita pun yang memerlukan pertolongan.

“Matlamat kami adalah apabila wanita ini meninggalkan rumah kami, mereka tidak akan kembali lagi kepada kami atau pergi ke organisasi perkhidmatan sosial yang lain,” kata Judge.

Zena Judge adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sakeenah Homes


Terdapat banyak juga organisasi Muslim lain yang menawarkan sokongan kepada wanita yang melarikan diri dari penganiayaan rumah tangga

Nisa Homes, antara organisasi lain yang berpusat di Mississauga, juga menawarkan rumah sementara bagi wanita dan kanak-kanak Muslim, pendatang dan pelarian yang mencari perlindungan setelah melarikan diri dari keganasan rumah tangga.

Nisa Homes dimulakan oleh Yayasan Zakat Nasional, sebuah organisasi nirlaba yang mengumpulkan derma dari orang Islam dan memberi kepada orang Islam lain yang memerlukan.

Para sarjana Muslim mengesahkan bahawa sebarang bentuk keganasan rumah tangga bertentangan dengan ajaran Islam.