Status Hadis Ganjaran Solat Subuh Berjemaah Menyamai Pahala Haji

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Setiap waktu solat pasti mempunyai kelebihan dan ganjarannya yang tersendiri. Waktu-waktu solat inilah yang memberi peluang kepada manusia untuk tidak pernah jauh dari Allah.

Setiap waktu solat mempunyai ganjaran yang besar di sisi Allah. Pahala solat itu merupakan saham utama untuk seseorang hamba kerana ia adalah asas kepada kehidupan.

Namun, terdapat sebuah hadis yang dikatakan ada menyebut mengenai ganjaran orang yang melakukan solat Subuh berjemaah menyamai dengan pahala ibadah haji.

Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat fajar (Subuh) secara berjemaah, maka seumpama dia telah menunaikan 50 kali haji bersama nabi Adam.”

Walau bagaimanapun, ahli hadis menyebutkan bahawa periwayatan di atas adalah palsu kerana tiada thabit periwayatan daripada Rasulullah SAW (tiada riwayat daripada Rasulullah).

Ia dipersetujui oleh Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani, Imam Al-Suyuthi dan juga Imam Al-Syaukani.

Oleh itu, tidak boleh menyebarkan hadis ini kerana ia dinilai palsu melainkan untuk menyebarkan kepalsuannya.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan