KUALA LUMPUR – Penerjun lelaki negara, Ooi Tze Liang menyumbang pingat emas ketiga buat kontinjen Malaysia di Sukan SEA Hanoi selepas mengungguli saingan acara 1 meter papan anjal individu, sebentar tadi.
Ia adalah emas kedua peribadinya pada temasya kali ini selepas turut mendominasi acara 3m papan anjal seirama bersama gandingannya Chew Yi Wei, semalam.
Sebelum itu, Nur Dhabitah Sabri menjadi penyumbang emas pertama kontinjen negara selepas mengungguli acara 1m papan anjal individu wanita.
Sumber: BERITA HARIAN