SUKMA XX 2022 : Skuad Menembak Terengganu Sasar 2 Emas

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Pasukan Menembak SUKMA Terengganu menyasarkan pungutan dua pingat emas di dalam ‘sport pistol men’ dan 10 meter ‘Air Rifle’ mix di dalam temasya peringkat Sukan Malaysia (SUKMA) XX, MSN 2022 yang akan berlangsung secara rasminya pada 16 hingga 24 September 2022 ini.

Pengurus Pasukan, Nazihan Harun berkata, pasukan ini sedang giat membuat persiapan dengan menjalani latihan di Lapang Sasar Gong Kuin  dan bakal menyertai kesemua 14 acara menembak yang akan dipertandingkan nanti.

Sasaran pungutan ini adalah kurang satu emas berbanding Pencapaian di SUKMA XIX Perak 2018 iaitu  3 pingat emas disebabkan kekangan tempoh masa latihan, dimana lapang sasar menembak untuk latihan tidak dapat digunakan.

Tambahnya lagi,  situasi itu menyebabkan para atetnya tidak mendapat latihan yang mencukupi yang menjadikan kekangan bagi mereka dalam meningkatkan sasaran, katanya kepada peberita selepas Majlis Hi-Tea Primula Beach Hotel Bersama Pasukan Menembak Terengganu SUKMA XX, MSN 2022 di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu hari ini.

Sepanjang tahun ini pasukan menembak SUKMA Terengganu telah melakukan persiapan dengan mengikuti 3 perlawanan di Subang yang dapat membantu lagi mengasah bakat dan memberi latihan kepada atlet yang terlibat di peringkat SUKMA.

Dalam masa yang sama, Ahmad A’zim Aizuddin Mohd Raffi, peserta menembak SUKMA Terengganu berkata beliau  walaupun ketika ini sedang menjalankan latihan industri, sehinggakan memberi kekangan kepadanya dalam menjalankan latihan namun dia akan melakukan yang terbaik dan menyasarkan emas bagi tahun ini.

Pengalaman Ahmad A’zim dalam mengikuti sukma bermula dari tahun 2014 menjadikan beliau semakin bersemangat untuk melakukan yang terbaik memandangkan tahun terakhir beliau dalam sukma.

A’zim juga turut berharap agar semua teamnya dapat memberikan yang terbaik kerana beliau percaya dengan pencapaian dan kekuatan yang ada pada atlet yang lain juga terbaik. 

Sumber : UNIT BERITA MANIS FM