Sumbangan Jadi Pembakar Semangat Untuk Terus Cemerlang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

TEMERLOH : Seramai 40 orang pelajar daripada dua buah sekolah yang mendapat keputusan 1A hingga 5A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu menerima sumbangan daripada Kerajaan Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, dua buah sekolah yang dipilih kali ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Sentang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau.

“Pada masa sama kita juga meraikan 12 orang pelajar SMK Kerdau dan lima orang pelajar SMK Telok Sentang yang ditawar masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Kita mahu mereka juga gembira diraikan atas usaha mereka walaupun tidak mencapai straight A. Mereka juga harus berbangga dengan pencapaian yang dilakukan,” katanya.

Majlis penyampaian sumbangan dilakukan di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat Dun Kerdau secara pandu lalu dan turut dihadiri pemimpin setempat.

Dalam pada itu, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim berkata, harapan sudah pastinya diletakkan kepada anak-anak ini dengan harapan kecemerlangan dan usaha dapat diteruskan.

“Jangan sesekali berputus asa dan lakukanlah yang terbaik dalam kehidupan, usaha berterusan pasti membuahkan hasil dan kejayaan pada akhirnya,” katanya.

Sumber: PAHANGMEDIA