Sungai Furat yang kini semakin surut menjadi perbualan ramai pihak. Ia menimbulkan kebimbangan kerana sungai ini ‘popular’ dalam sebuah hadis yang menyatakan tanda-tanda kiamat kecil.
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata ‘mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu’.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Di dalam riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah bersabda: “Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu.”
Lokasi Sungai Furat
Dari sudut topografinya, Sungai Furat ini bermula dari Turki, kemudian turun di Syria dan kemudiannya di Iraq. Lokasi sungai ini adalah sepanjang 2781 Km. Menariknya, sungai Farat menjadi sungai terpenting di Asia Barat. Ini kerana sungai Furat menjadi sungai utama bagi banyak tamadun – tamadun utama misalnya tamadun Mesopotamia yang wujud pada 4500 sebelum masihi, tamadun Sumeria yang terkenal dengan kota Babylon bahkan tamadun Islam seperti Umayyah dan Uthmaniyyah juga berada di kawasan Sungai Furat ini. Betapa banyak tamadun yang bersilih ganti di lokasi Sungai Furat ini menunjukkan bahawa sungai Furat ini bertul-betul berada di kedudukan stategik dan menjadi sumber pengairan utama.
Selepas peperangan dunia pertama pada tahun 2014 dimana Turki telah Kalah, dunia barat telah memecahkan empayar Turki dan mereka semula sempadan antarabangsa bagi kawasan barat daya Asia dalam Lausanne Treaty pada tahun 1923, menyebabkan wilayah Turki, Iraq dan Syria terpecah kepada tiga negara sekaligus membenuk Turki menjadi sebuah negara republik seperti yang dapat kita lihat pada hari ini. Perjanjian Lausanne ini juga menyebabkan ketiga-tiga negara ini perlu bersepakat dalam pemanfaatan air Sungai Furat dan apa-apa pembangunan infrastruktur tenaga air di situ.
Dapat kita lihat hari ini bahawa Sungai Furat sudah semakin surut. Sebenarnya ia sudah surut sejak sekian lama. Antara perkara yang menyumbang kepada surutnya air di Sungai Furat adalah kerana cuaca kemarau yang ekstrim yang berlaku seluruh dunia serta pembinaan empangan yang banyak di sungai tersebut.
Tafsiran di sebalik Gunung emas
Terdapat beberapa pendapat Ulama mengenai Gunung emas yang dinyatakan dalam hadis ini. Iaitu yang pertama emas, kedua harta yang berharga dan ketiga petrol.
Namun begitu menurut Dr Hanif Md Lateh, beliau cenderung untuk menolak pandangan bahawa gunung emas itu ialah petrol kerana petrol ini memerlukan proses yang tetrentu untuk mendapatkannya seperti proses carigali. Jika gunung emas itu ditafsirkan sebagai barang berhaga maka ada logiknya kerana ia merupakan peninggalan oleh tamadun terdahulu.
Penemuan kota-kota purba di sebalik keringnya Sungai Furat
Proses eskavasi sememangnya sudah bermula sejak tahun 1890-an lagi kerana sungai Furat sememangnya telah surut sejak sekian lama. Dalam satu laporan The archeologocial sites along the Euphrates river pada 2017, sekurang-kurangnya terdapat 35 tapak arkeologi yang ditemui di sepanjang sungai Furat. Hal ini kerana semenagnya tidak pelik kerana sungai ini memang menjadi lembah utama bagi tamadun tamadun terdahulu. Justeru, penemuan-penemuan ini tidak pelik dan menghairankan. Antara penemuan-penemuan yang ditemui adalah seperti tembok-tembok setinggi 22 kaki, istana dan sebaginya.
Hadis Rasulullah itu benar
Sememangnya apa yang dikatakan Rasulullah pada 1400 tahun dahulu itu benar. Rasulullah sebagai Al-amin tidak pernah menipu danapa yang bagind akatakan pasti berlaku. Sungai Furat merupakan antara tanda-tanda kecil kiamat yang semakin menunjukkan bahawa kiamat itu hampir dan pasti. Justeru, bukan sahaja tanda kiamat yang perlu kita renungi namun persiapan menghadapi kiamat juga perlu kita lakukan.
Rujukan:
- Video wawancara Sungai Furat: Dari Perpektif Sejarah dan Akhir Zaman, temubual DJ bersama Panel Dr. Hanif bin Md Lateh