Sungai Triang Lepasi Paras Amaran

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN – Paras air Sungai Triang di Triang, Bera melepasi paras amaran setakat jam 8 pagi, hari ini.

Maklumat dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, paras air Sungai Triang merekodkan bacaan 34.10 meter (m) berbanding 33.80m.

Tiga sungai lain pula melepasi paras waspada iaitu di Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera dan Sungai Lipis di Batu Malim, Raub.

Dua sungai lain, masing-masing di Temerloh ialah Sungai Semantan di Kampung Mempateh dan Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata penduduk yang tinggal di kawasan rendah terutama berhampiran sungai dinasihati peka dengan keadaan cuaca.

“Bagi persediaan menghadapi Monsun Timur Laut, seramai 896 pegawai dan anggota APM Pahang bersiap siaga pada bila-bila masa,” katanya.

Sumber : BERITA HARIAN