Sungai Triang masih lepasi paras bahaya

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN: Sungai Triang di Triang, Bera masih merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya setakat 8 pagi, hari ini.

Menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Triang yang merekodkan bacaan 34.60 meter (m) berbanding 34.50myang ditetapkan bagi paras bahaya.

Dua sungai pula melepasi paras amaran iaitu Sungai Jempol di Rancangan FELDA Jengka, Maran dan Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan.

Sepuluh sungai merekodkan bacaan melepasi paras waspada iaitu di Sungai Jelai di Kuala Medang, Lipis dan Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis.

Selain itu, Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab, Temerloh; Sungai Pahang di Waterfront, Bera; Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera dan Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran.

Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran; Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, di sini, Sungai Belat di Sri Damai, di sini dan Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di lima daerah di Pahang.

Daerah berkenaan ialah Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Sumber: BERITA HARIAN