Surat terbuka dari 680 Tokoh Berpengaruh desak Biden beri hak Palestin

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Kredit : Wafa News

Lebih daripada 680 pemimpin global dan tokoh berpengaruh dalam bidang sains, akademik, masyarakat sivil, ideologi dan banyak lagi telah mendesak Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menggunakan kuasanya bagi melindungi hak asasi rakyat Palestin.

Dalam surat terbuka yang diterbitkan pada hari Khamis, kumpulan tersebut meminta Presiden AS untuk meletakkan “Hak asasi manusia sebagai keutaamaan bagi dasar luar AS”.

Antara penandatangan surat terbuka tersebut yang berpengaruh termasuklah NGO Palestin, Christian Aid, bekas Presiden Ireland Mary Robinson, Ekspatriat akademik Israel Ilan Pappe, akademik terkenal Amerika Syarikat Noam Chomsky, mantan Peguam Negara Israel Michael Ben-Yair, dan ahli politik Israel Avraham Burg.

Ilan Pappe dan Noam Chomsky antara akademik yang menghasilkan buku mengenai perjuangan rakyat Palestin dan penandatangan surat terbuka buat Joe Biden.
Kredit : Exeter Decolonising Network

Surat itu menyusul sumpah pemerintah baru Israel di bawah pimpinan Perdana Menteri Naftali Bennet, serta janji dari negara-negara G7 baru-baru ini yang menyatakan akan “memanfaatkan kuasa demokrasi, kebebasan, persamaan, peraturan undang-undang serta menghormati hak asasi manusia”

Kumpulan dan individu dari 75 negara meminta Biden untuk memastikan “pertanggungjawaban terhadap pihak berkuasa Israel yang melanggar hak Palestin”, menerapkan “tekanan diplomatik bersama” untuk mengakhiri “diskriminasi dan penindasan yang terus berkembang” terhadap rakyat Palestin dan mengakhiri dasar Washington mengenai mengekalkan “status quo politik tanpa keadilan dan pertanggungjawaban”.

Antara isi surat tersebut adalah:

“Pentadbiran anda telah menyatakan akan memberi komitmen terhadap dasar luar negeri yang memberi penekanan pada pembelaan demokrasi dan perlindungan hak asasi manusia.”

Baru-baru ini anda juga menyatakan,”Saya percaya Palestin dan Israel juga berhak untuk hidup dengan aman dan aman, menikmati kebebasan, kemakmuran, dan demokrasi yang setara”. Bagi rakyat Palestin, jurang kehidupan mereka masih jauh lagi dari realiti yang dinyatakan oleh anda.”

Baca juga Wow! Kelas Balet Khas Untuk Kanak-Kanak Muslim Pertama Di Britain

Rampasan secara paksa rumah warga Palestin di Tebing Barat yang diduduki, termasuk keluarga yang tinggal di kawasan Jerusalem Timur, Sheikh Jarrah dan Silwan, tindakan agresif oleh pasukan Israel terhadap penunjuk perasaan dan jemaah yan sedang bersolat di Masjid Al-Aqsa, adalah bukti nyata bahawa sistem pemerintahan tidak sama rata dan jauh berbeza, ” tambah isi surat itu.

”Dasar-dasar ini menguraikan struktur sosial masyarakat dan melemahkan kemajuan ke arah masa depan yang demokratik, adil dan damai. Logik yang mendorong mereka menyebabkan pemindahan 72.000 penduduk Palestin di Gaza baru-baru ini yang juga harus bertahan dari krisis kemanusiaan yang berterusan yang disebabkan oleh sekatan 14 tahun. “

“Amerika Syarikat perlu menangani punca-punca keganasan yang telah diabaikan oleh pentadbiran sebelum ini. Pentadbiran anda perlu memberi tekanan diplomatik bersama untuk membantu menghapuskan diskriminasi dan penindasan berterusan serta mengambil tanggungjawab terhadap pihak berkuasa Israel yang melanggar hak-hak Palestin.

Sumber : Wafanews