PENYANYI Ernie Zakri kesal apabila segelintir pihak sering menulis namanya dengan ejaan yang salah.
Ernie, 26, berkata, perkara itu tetap berlaku biarpun sudah berkali-kali diperbetulkan.
“Saya selalu mengalami masalah orang salah eja nama Erni, Erniey, Eryn.
“Saya bukan marah orang salah eja, kadang-kala bila saya mesej orang dan sendiri saya taip nama saya Ernie, jangalah typo lagi.
“Saya tidak tahu kenapa keliru sangat nak eja nama saya?” soalnya di Instagram.
Luahan Ernie di laman Instagram miliknya.
Ernie berkata, bukan nama dia sahaja, malah nama bapanya Zakri turut berlaku kesilapan apabila dieja sebagai Zakry.
Dalam pada itu, dia turut menafikan nama tersebut adalah nama yang direka sendiri, sebaliknya ia adalah nama sebenarnya.
“Ada yang cakap ejaan itu saya reka sendiri, kesian ibu bapa saya bagi nama dekat saya, bukan buat-buat.
“Ejaan nama saya ialah Nur Ernie Shahirah Zakri,” katanya.