Syafiq Kyle mengakui akan ada situasi di mana akan wujudnya cinta lokasi di antaranya bersama pasangan heroin, setiap kali berlakon sama menerusi sesebuah drama yang berteraskan kisah cinta.
Bagaimanapun, usah cepat membuat penilaian kerana hubungan cinta yang terjalin tidak lebih daripada untuk menyuntik keserasian di dalam drama dan tidaklah sehingga terbawa-bawa hingga ke luar lokasi.
Setiap kali berlakon cerita cinta, memang akan ada cinta lokasi. Sebab kalau kami tidak ‘bercinta’ seperti mana yang dimahukan pengarah, kita tidak mungkin akan cipta keserasian hingga mendapat maklum balas yang baik daripada penonton. Misalnya ketika berlakon dengan Hannah Delisha dan Zahirah, kami memang akan cuba memberikan yang terbaik, seperti mana yang dinginkan.
Menerusi drama Tak Ada Cinta Sepertimu misalnya, saya dan Zahirah sudah pun kenal lama dan hubungan kami lebih kepada landasan profesional. Malah kami tidak perlu lakukan rehearsal berulang kali kerana dia seorang profesional dan kalau boleh mahu bekerjasama dengannya lagi,” katanya kepada MH.
Ditanya mana satukah heroin yang berjaya ‘menambat’ perhatiannya, bekas naib juara Pertandingan Hero REMAJA ini menjelaskan, peminat pastinya mempunyai penilaian sendiri dan baginya, masing-masing mempunyai kelebihan di dalam kerjaya lakonan.
Masing-masing ada kelebihannya. Cuma kalau ditanya mengenai cinta realiti, memang betul saya tidak bercinta dan tak betul kalau dikata saya bercinta dengan Hannah. Apa yang berlaku hanyalah ‘cinta lokasi’ dan kalau di bawa keluar, ia bukanlah dinamakan cinta lokasi lagi.
Memang tidak wujud pun. Lagi banyak kami bekerjasama, lebih banyak ilmu lakonan yang kami akan perolehi,” jelas pemilik nama lengkap Mohd Syafiq Syamim Abdul Razak ini jujur.
Sumber: Media Hiburan