Hari ini Syafiq Kyle akhirnya keluar dengan kenyataan rasmi tentang kontroversi yang melanda dirinya sejak dua hari ini. Dalam kenyataan menerusi Instagram itu, Syafiq Kyle menyebut tentang dua perkara.
Pertamanya, tentang penularan video lucah yang didakwa sebagai dirinya. Namun, kenyataan yang ditulis tidak ada mengiyakan atau menafikan kesahihan video itu — Syafiq Kyle hanya berkata pihak pengurusan akan menyiasat dan mencari jalan penyelesaian.
Persoalan sama ada benar lelaki dalam video itu merupakan Syafiq Kyle atau orang lain masih belum dijawab.
Kedua, Syafiq Kyle menafikan yang wujudnya perbualan antara dirinya dan penyebar video lucah tersebut di Instagram. Seperti yang dinyatakan, akaun Instagram yang disebut dalam perbualan sebelum ini merupakan satu akaun palsu.
Syafiq Kyle juga sempat mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih buat semua peminat yang masih percaya dan menyokong dirinya melalui fasa yang sukar ini.
Sumber: Rotikaya