KUALA LUMPUR: Pelakon, Syifa Melvin, 29, dan suami, iaitu pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rashid, 26, menyambut kelahiran cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor, semalam.
Bayi lelaki itu dilahirkan pada jam 5.28 petang.
Berita gembira itu dikongsi Safawi dalam hantaran Instagram (IG).
Safawi turut memaklumkan nama putera sulung mereka, iaitu Saif Sulaiman Muhammad Safawi.
“Masya-Allah, Tabarakallah, Saif Sulaiman Muhammad Safawi selamat dilahirkan pada 30 September 2023 pada jam 5.28 petang,” katanya yang turut memaparkan foto sedang mengendong anaknya itu.
Sementara itu, Syifa bersyukur atas kelahiran Saif biarpun lebih awal daripada apa yang dirancang.
“Syukur Alhamdulillah, Allah sebaik-baik perancang. Alhamdulillah, terima kasih yang mendoakan. Tidak terbalas semua, semua jadi secara tiba-tiba. Nanti ada tenaga kita cerita.
“Ku sangka Oktober, ternyata awal 21 hari. Hujung September dia hendak keluar. Alhamdulillah untuk segala-galanya,” luahnya menerusi hantaran IG story.
Syifa atau nama sebenar, Nur Syifa Atirah Amirul Melvin dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu di sini, dalam majlis tertutup.
– BERITA HARIAN