Pihak autoriti Israel akhirnya setuju membebaskan rakyat Palestin Maher Al-Akhras dari pusat tahanan pentadbiran , pada 26 November akan datang setelah mendapat kecaman dan bantahan dari Palestin dan pihak antarabangsa.
Dengan keputusan pembebasan itu, Pada hari Sabtu (7/11), Al-Akhras mengakhiri aksi mogok makannya, yang telah berlangsung selama 103 hari. Para tahanan Palestin sering menggunakan mogok lapar sebagai bentuk protes. Tetapi tempoh mogok lapar al-Akhras sangat lama dan keras. Banduan lain telah mengambil vitamin, mengunyah garam, dan menerima rawatan perubatan untuk mengatasi kesan buruk dari kelaparan yang mereka jalani namun al-Akhras tetap berkeras dan menolak semua itu.
Keputusan Al-Akhras mengakhiri mogok lapar itu dilaksanakan selepas dia mencapai kesepakatan dengan pihak autoriti Israel untuk membebaskannya pada 26 November nanti.
Lembaga Komuniti Tahanan Palestin (PPS) melaporkan, perjanjian tersebut mengatur pembebasan Al-Akhras dari penjara pada tarikh tersebut. Selain itu, kesepakatan yang disetujui adalah tidak dipanjangkan perintah penahanan, tanpa dakwaan atau persidangan yang saat ini sedang dilaksanakan kepadanya.
Al-Akhras juga akan menghabiskan sisa masa penahanannya saat ini di Hospital untuk menjalani rawatan perubatan. Beliau kini berada di Hospital Kahalan di Rehovot. Al-Akhras, yang merupakan seorang ayah daripada enam orang anak berasal dari daerah Jenin, Palestin, ditahan pada 27 Julai 2020.
Dia dipenjara dengan perintah penahanan selama empat bulan tanpa dakwaan yang jelas dan berdasarkan bukti rahsia yang bahkan tidak diberitahukan kepada peguamnya. Al-Akhras pun segera melakukan aksi mogok lapar sebagai tindakan protes dan menuntut pembebasannya dari penjara berentitikan Zionis itu. Tindakan pelaksanaan penahanan oleh Israel telah dikutuk secara meluas oleh masyarakat antarabangsa.
Penahanan Israel itu boleh menyebabkan penahanan warga Palestin tanpa dakwaan atau pengadilan dengan tempoh waktu yang ditentukan yang dapat dipanjangkan, biasanya mengambil masa antara tiga dan enam bulan berdasarkan bukti yang tidak dijelaskan bahkan peguam tahanan dilarang untuk mengetahuinya.
Perdana Menteri Kerajaan Palestin Mohammad Shtayyeh dan bekas ketua politik Hamas Khaled Mashaal menuntut agar Israel segera melepaskan al-Akhras. Pihak Briged Islam Jihad Quds, yang sering melakukan banyak penentangan terhadap rakyat Israel, mengatakan bahawa pihaknya akan membalas dendam bagi pihak Al-Akhras jika dia meninggal dunia akibat mogok lapar ketika berada dalam tahanan Israel.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kesatuan Eropah juga menentang penahanan pentadbiran Israel dan menyatakan keprihatinannya terhadap kesihatan al-Akhras yang semakin merosot serta meminta Israel untuk melepaskan al-Akhras dengan segera atau mendakwanya di mahkamah.
Selama bertahun-tahun, Israel telah menempatkan ribuan warga Palestin dalam penahanan untuk jangka waktu yang lama, tanpa memberi keadilan kepada mereka, juga tanpa memberi tahu mereka tentang dakwaan terhadap mereka, dan tanpa mengizinkan mereka atau penasihat mereka untuk memeriksa bukti-buktinya.
Sumber : Mina News, Wafa News, Times of Israel