Tahukah Anda Bagaimana Tatacara Solat Sunat Hari Raya Aidiladha?

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Tahukah anda semua cara solat sunat Hari Raya Aidiladha? Mesti Anda semua lupakan? Maklumlah Solat hari raya ni kan hanya setahun sekali. Kalau nak tahu, Inilah Tatacara Solat Sunat Hari Raya AIdiladha:

1 . Niat Untuk Mendirikan Solat

Lafaz niatnya;

i. Solat Bersendirian

“Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat kerana Allah Taala.”

ii. Solat Sebagai Makmum

“Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat makmum kerana Allah Taala.”

iii. Solat Sebagai Imam

“Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat menjadi imam kerana Allah Taala.”

2. Membaca Doa Iftitah

Sunat membaca doa iftitah.

3. Takbir Sebanyak 7 Kali Dan Diselangselikan Dengan Bacaan Tasbih

Bacaan tasbihnya adalah seperti berikut;

“Subhanallahi walhamdulillah walailaha illallah wallahuakbar wala hawla wala quwwata illa billahil aliyyih azim.”

4. Membaca Fatihah Dan Surah Al-A’la

Boleh digantikan dengan surah yang lain jika tidak dapat menghafal surah yang ditetapkan ini.

5. Rukuk Dan Sujud

Lakukan seperti biasa.

6. Iktidal Dan Berdiri Betul

Lakukan seperti biasa.

7. Takbir Sebanyak 5 Kali Dan Diselangselikan Dengan Bacaan Tasbih Sebanyak 4 Kali

Bacaan tasbih sama seperti di atas.

8. Membaca Al-Fatihah Dan Surah Al-Ghasyiyah

Boleh digantikan dengan surah yang lain jika tidak dapat menghafal surah yang ditetapkan ini.

9. Rukuk, Sujud Dan Membaca Tahiyat Akhir

Lakukan seperti biasa.

10. Memberi Salam

Lakukan seperti biasa.

11. Disunatkan Untuk Terus Bertakbir Dan Berdoa

Disunatkan memulakan takbir Hari Raya Aidiladha mulai malam hari raya (10 Zulhijjah) sehinggalah selepas solat Asar (13 Zulhijjah).

12. Membaca Dua Khutbah

Bagi solat secara berjemaah.

“Begitulah serba sedikit tatacara solat aidiladha ni, mudah bukan? Kalau anda risau terlupa rukun-rukun solat ni, lebih baik kamu ikut saja bersolat jemaah di masjid atau surau. Imam biasanya akan maklumkan terlebih dahulu tatacara solat ni sebelum memulakan solat.

Sumber: TZKRH.COM