Tak boleh berbuka puasa di tempat awam di Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri tidak membenarkan sebarang aktiviti berbuka puasa di kawasan lapang, taman awam dan kawasan tepi pantai di seluruh Terengganu.

Setiausaha Bahagian (Kerajaan Tempatan) Terengganu Yusaini Amir Mohamad Nor berkata, larangan itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Khas (Pengurusan Darurat dan Pandemik) Negeri Terengganu semalam.

Beliau berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersetuju untuk tidak membenarkan aktiviti berbuka puasa di kawasan lapang, taman awam dan tepi pantai di seluruh Negeri Terengganu.

“Selaras dengan keputusan mesyuarat itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta membuat hebahan, pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan PBT masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Setiap kali Ramadan, kawasan tumpuan awam seperti Pantai Batu Buruk, kawasan berhampiran Jambatan Angkat Kuala Terengganu dan Dataran Shah Bandar di Kuala Terengganu antara lokasi yang menjadi tumpuan penduduk sekitar daerah ini untuk berbuka puasa.

Sumber: My Metro