Tak perlu keluarkan banyak duit! Ubi kentang antara 5 bahan dapat hilangkan parut

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

BEKAS luka atau parut boleh membuatkan seseorang mengalami tekanan terutamanya golongan perempuan.

Biarpun bekas luka ini tidak mengganggu secara fizikal tetapi ia meninggalkan kesan mendalam kerana mempengaruhi penampilan.

Terdapat beberapa jenis cedera kulit yang akan menyebabkan berlakunya bekas luka seperti jerawat, pembedahan, kesan terbakar dan sebagainya.

Percaya atau tidak ada beberapa cara untuk menghilangkan parut ini tanpa menggunakan sebarang ubat, malah belanjanya juga rendah.

Antara lima bahan berkesan yang disyorkan dapat mengurangkan atau menghilangkan bekas luka adalah:

1. Madu

Penggunaan madu adalah cara yang paling berkesan untuk menghilangkan bekas luka. Bukan sekadar madu, anda juga boleh campurkan ia dengan baking soda dan sapukan pada tempat tertentu.

Gabungan ini akan menjadi pelembap semulajadi dan berkesan merawat parut dengan baik.

2. Lidah buaya atau aleo vera

Selain itu, lidah buaya juga terkenal dalam membantu merawat bekas luka secara semula jadi. Keberkesanannya sehingga menyebabkan ia dijual di pasaran untuk memudahkan penggunaan.

Gunakan gel berwarna putih pada lidah buaya di kawasan bekas luka. Biarkan ia selama 30 minit untuk penyerapan dan kemudian bilas dengan bersih.

3. Lemon

Khasiat lemon juga sememangnya mampu merawat bekas luka dan sekaligus membuatkan kulit kekal lembap dan sihat.

Ia juga membolehkan mencerahkan kulit sehingga bekas luka itu kelihatan semakin pudar.

4. Cuka epal

Ada juga kajian mendapati bahawa cuka epal yang dilarutkan terlebih dahulu untuk menghilangkan rasa kegatalan merupakan salah satu cara digunakan untuk merawat bekas luka.

Disarankan anda melarutkan dua sudu cuka epal dengan air kemudian ambil kapas dan celupkan ke dalam campuran tersebut sebelum sapu pada permukaan bekas luka tersebut.

5. Ubi kentang

Selama ini ramai yang tidak tahu bahawa ubi kentang juga sebenarnya mampu menyembuh masalah kulit, luka dan parut seperti jerawat, bisul, kudis dan sebagainya.

Caranya sangat mudah anda cuma perlu hiris kentang dengan ketebalan bersesuaian kemudian sapukan pada luka secara pelahan-lahan.

Setelah itu biarkan ia kering sementara dan barulah dibilas dengan air. Belum cuba belum tahu!

Sumber: mStar