Tak perlu lagi angkat Bendera Putih. Cuba call no. berikut jika perlukan bantuan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

45 buah pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan menyediakan bekalan makanan asas untuk membantu masyarakat yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood berkata, beliau sendiri menyediakan bantuan seperti beras, telur, gula, garam, minyak masak, mi segera, kicap sos dan tepung.

Katanya, pembahagian makanan diberikan melalui penghulu di kawasan mukim sebelum diagihkan kepada penduduk yang terjejas.

“Setiap DUN dan Parlimen di Kelantan membuat kaedah sama untuk membantu menyalurkan bantuan kepada masyarakat setempat.

“Di DUN Chempaka, sumbangan itu diagihkan setiap tiga kali seminggu. Sekiranya menerima panggilan kecemasan, kita akan salurkan bantuan dengan segera,” katanya ketika dihubungi Kosmo! pada Selasa.

Senarai nombor telefon 45 pusat khidmat DUN di Kelantan untuk dihubungi bagi memohon bantuan makanan.

Sementara itu, ADUN Kijang, Dr. Izani Husin berkata, beliau mengajak masyarakat di seluruh Kelantan untuk menghubungi pusat khidmat DUN di kawasan masing-masing sekiranya memerlukan bantuan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri berkata, rezeki perlu dikongsi dan semua perlu dibantu selain berharap usaha pusat khidmat DUN itu dapat memberi kebaikan kepada semua pihak.

SUMBER: FB Kelantan State & Kosmo