RUMAH agam milik penyanyi Elvis Presley di Graceland yang kini dijadikan muzium menawarkan lawatan secara dalam talian secara langsung untuk peminat di seluruh dunia.
Lawatan secara maya itu turut dilakukan ekoran peningkatan kes Covid-19 di Tennessee namun pihak pengurusan kediaman itu masih menawarkan pilihan lain kepada pelancong.
Menerusi lawatan itu, peminat akan dibawa menjelajahi kediaman mewah itu selama dua jam selain ke tanah perkuburan Elvis disemadikan.
Penyanyi dan pelakon legenda itu meninggal dunia pada 16 Ogos 1967.
Selain itu, pelawat akan dibawa melihat koleksi jet miliknya serta melihat koleksi peribadi yang menempatkan pameran dan artifak berkaitan kerjayanya sebagai penghibur terulung pada era 60-an.
Pelawat juga boleh bertanyakan soalan kepada pemandu pelancong semasa siaran langsung itu. Tiket bagi menyertai lawatan maya itu dijual pada harga AS$100 (RM405).
Sebelum pandemik, Graceland biasanya dikunjungi ratusan ribu pelancong namun kehadiran pengunjung dilihat menurun mendadak sejak penularan Covid-19 melanda Amerika.
Kediaman agam itu pernah ditutup kepada pengunjung selama beberapa minggu tahun lalu dan selain lawatan secara maya ia masih dibuka kepada pengunjung secara fizikal dalam jumlah terhad.
Sumber: mStar