SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih dirawat di hospital di Kuala Lumpur dan berita mengenai kematian beliau adalah tidak benar.
Menerusi hantaran di Facebooknya malam ini menafikan maklumat tular yang mendakwa bekas Menteri Besar Selangor itu meninggal dunia.
“Justeru, berita yang tersebar deras awal malam ini bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meninggal dunia adalah tidak benar.
“Mohon dihentikan sebarang sebaran berita tidak benar bagi menjaga sensitiviti keluarga yang sememangnya sedang berhadapan dengan situasi sukar. Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan urusan buat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” demikian menurut kenyataan itu.
Sumber : BERNAMA