Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa ke-26 ditemui

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

BATANG KALI: Satu lagi mayat ditemukan pada hari keenam operasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting di sini, hari ini.

Mayat lelaki dewasa itu dijumpai kira-kira jam 11.15 pagi di sektor B (riverside).

Ini menjadikan jumlah mangsa korban tanah runtuh yang berjaya ditemui adalah sebanyak 26 orang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Rabu masih diteruskan lagi bagi mencari baki tujuh mangsa yang masih hilang.

Untuk info, jumlah mangsa yang terlibat dalam tragedi pada awal pagi 16 Disember lepas seramai 94 orang.

Daripada jumlah itu, 61 selamat, 26 meninggal dunia manakala tujuh masih hilang.

Mangsa yang meninggal dunit terdiri lima lelaki dewasa, 13 wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

Sumber: SINAR HARIAN