Tandas Pintar Jimatkan Elektrik Di Zoo Mini Teruntum

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sedang dalam pembinaan ‘smart toilet’ atau tandas pintar di Zoo Mini Teruntum yang dijangka dapat digunakan tahun hadapan.

Yang Dipertua MPK, Datuk Hamdan Hussin berkata, idea pembinaan tandas pintar ini tercetus apabila Kuantan dijadikan bandar lestari dan disebabkan itu pihaknya mengaplikasikan konsep tersebut di Kuantan.

Menurutnya, penggunaan tandas pintar itu juga dijangka dapat mengurangkan kos elektrik, air dan kos penyelenggaraan sehingga 50 peratus.

“Kalau ikutkan kemudahan sebegini sudah digunakan oleh negara maju tetapi kita baharu perkenalkan di Zoo Mini Teruntum.

“Jadi, kita yakin kemudahan ini akan menjadi yang pertama di Kuantan dan di Pahang serta akan diperluaskan sekiranya penggunaan kemudahan ini berjaya,”

Hamdan berkata, kos pembinaan kemudahan ini dianggarkan berjumlah RM150,000 bagi membina tandas enam bilik dalam satu bangunan di kawasan Zoo Mini Teruntum itu. – SINARHARIAN