Tanggal gelang pink, warga emas dikompaun RM5,000

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Raub: Kedegilan warga emas yang menanggalkan gelang merah jambu untuk ke klinik membawa padah apabila dia dikompaun RM 5,000 semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, wanita berusia 72 tahun yang tinggal di Kampung Sungai Ruan yang sedang dikuarantin menanggalkan gelang warna merah jambu untuk ke klinik bagi mengambil ubat.

“Maklumat itu diperoleh daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Raub, selepas mendapati wanita itu tiada di rumah ketika ingin memaklumkan warga emas itu positif Covid-19.

“Pihak polis ke rumah wanita itu dan dimaklumkan dia ke klinik, dan wanita itu mengaku berbuat demikian ketika ditemui di klinik,” katanya.

Beliau berkata, wanita itu dikenakan kompaun RM5,000 mengikut Sek 22(b) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 kerana gagal kuarantin di rumah sendiri setelah memakai gelang berwarna merah jambu.

“Keadaan ini amat mendukacitakan, sewajarnya golongan dewasa dan warga emas ini menunjukkan contoh yang baik kepada golongan muda supaya tidak melanggar peraturan.

“Kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menyebabkan penularan wabak ini semakin menakutkan dan akan sukar dibendung,” katanya.

Sumber: My Metro