TAPAK RAMSAR TASIK BERA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Tapak Ramsar adalah penting bagi konservasi burung air dan tanah lembap. Tapak Ramsar Tasik Bera telah digazetkan pada 10 Mac 1995 sebagai salah satu daripada Tapak Ramsar di Semenanjung Malaysia.

Tasik Bera adalah Tapak Ramsar yang pertama di Malaysia terletak di Negeri Pahang dengan keluasan 31,255 hektar yang diuruskan oleh Jabatan PERHILITAN.

Kawasan ini telah diwartakan dibawah Akta Perhutanan Negara 1984 dan diuruskan oleh Jabatan PERHILITAN. Keunikan Tapak Ramsar Tasek Bera adalah terdapatnya tasik semulajadi yang terbesar di Malaysia iaitu berkeluasan 6,800 ha. Ianya juga merupakan penempatan bagi Orang Asli kaum Semelai.

Tanah lembap memberikan banyak faedah kepada masyarakat iaitu makanan dan habitat untuk ikan dan hidupan liar (termasuk spesies yang terancam), peningkatan kualiti air, penampan banjir, produk semula jadi yang bermanfaat dari segi ekonomi untuk kegunaan manusia serta peluang untuk rekreasi, pendidikan dan penyelidikan termasuk untuk generasi akan datang.

Kerajaan Negeri Pahang bersama-sama Jabatan Perhutanan, Perhilitan dan agensi yang terlibat melakukan yang terbaik sejak 1995 setelah mewartakan Tasik Bera sebagai tapak Ramsar negara.

Sumber : Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia.
Gambar : Berita Harian