Tapir Diselamatkan Selepas Tersesat Sejauh 30 Km

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

RANTAU PANJANG: Tapir yang diselamatkan PERHILITAN Kelantan selepas terjatuh dalam longkang di Kampung Padang Bukit, Lubok Stol, di sini, kelmarin, dipercayai tersesat sejauh 30 kilometer dari Hutan Simpan Jedok.

Pengarah PERHILITAN Kelantan, Mohamad Hafid Rohani, berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam pada jam 1 tengah hari, sebelum anggota PERHILITAN daerah Kota Bharu terus ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi menyelamat kemudian dilakukan dengan dibantu beberapa anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

“Pemeriksaan dijalankan dan haiwan berkenaan dalam keadaan yang stabil sebelum dipindahkan ke habitat yang sesuai pada hari yang sama (Sabtu),” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar serta tidak mengambil tindakan yang boleh mendatangkan risikokeselamatan kepada diri sendiri.

Beliau berkata, sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar perludisalurkan kepada Jabatan PERHILITAN melalui talian hotline PERHILITAN 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman webwww.wildlife.gov.my.

– BERITA HARIAN