Tawar gunting rambut percuma untuk pelanggan terjejas

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Terengganu: Menyedari ramai penduduk terjejas susulan pandemik Covid-19, seramai 100 pelanggan pertama menerima khidmat gunting rambut secara percuma ditawarkan Matt Barber Shop, di sini, yang mula beroperasi hari ini.

Pengurus Operasinya, Ibrahim Taib, 32, berkata kesemua pelanggan mendapat perkhidmatan itu secara percuma di cawangan kedai berkenaan yang terletak di sini, Kemaman, Marang dan Kuala Nerus.

Menurutnya, pihaknya menerima sambutan sangat menggalakkan apabila pelanggan menunggu seawal 9 pagi untuk menggunting rambut seterusnya menerima perkhidmatan percuma itu.

“Jelas terpancar wajah kegembiraan apabila diberitahu menerima perkhidmatan itu secara percuma, maklumlah ramai orang terjejas sekarang termasuk tukang gunting rambut.

“Saya dan semua tukang gunting berasa lega apabila aktiviti gunting rambut dibenarkan beroperasi seperti biasa,” katanya.

Sumber: My Metro