KOTA BHARU – Seorang peniaga didapati menggunakan alat timbang sukat elektronik yang tidak ditentusahkan bagi tujuan perdagangan di Jalan Pasir Hor, Kampung Padang Enggan di Kota Bharu, Kelantan.
Taktiknya berjaya dihidu oleh penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Rabu dan turut tular di laman sosial.
Pengarahnya, Azman Ismail berkata, tindakan dikesan bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 selepas serbuan bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-Bri) .
– SINAR HARIAN