Dua tahun telah berlalu sejak kejadian serangan Christchurch di New Zealand yang menyaksikan puluhan jamaah Muslim terbunuh dalam penembakan besar-besaran di dua buah masjid.
Terdapat desas desus yang berbunyi di sekitar Hollywood mengenai filem yang akan ditayangkan yang berkisarkan tragedi Christchurch tersebut yang lebih memberi tumpuan terhadap respons perdana menteri di negara itu berbanding mangsa. Ini menimbulkan kemarahan dari ramai orang di seluruh dunia.
Berita Hollywood, Deadline melaporkan bahawa pelakon Australia iaitu Rose Byrne akan melakonkan watak sebagai Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dalam filem “They Are Us,”.
Filem ini akan ditayangkan setelah serangan 2019 di mana 51 orang terbunuh di dua masjid Christchurch.
Deadline menyatakan filem itu akan melakonkan respons Ardern terhadap serangan itu dan bagaimana rakyatnya menerima mesej kasih sayang dan perpaduan, serta usahanya yang berjaya melarang penggunaan jenis senjata semiautomatik yang mematikan.
Tajuk filem ini diinspirasikan dari ucapan yang disampaikan oleh Ardern selepas serangan berlaku. Pada waktu itu, Ardern dipuji seluruh dunia atas responsnya.
Namun di New Zealand, ramai yang menyuarakan kebimbangan mengenai rancangan filem itu.
Aya Al-Umari, merupakan adik salah seorang mangsa iaitu Hussein yang terbunuh dalam serangan itu, menulis di Twitter dengan perkataan yang ringkas “Yeah nah,” . Dalam ungkapan New Zealand ia bermaksud “tidak.”
Abdigani Ali, jurucakap Persatuan Muslim Canterbury, mengatakan bahawa masyarakat menyedari kisah serangan perlu dihebahkan “tetapi kami ingin memastika agar ia dilakukan dalam rangka kesesuaian, mengikut kebenaran dan menjaga sensitiviti.”
Tina Ngata, seorang penulis dan pendidik, secara terang-terangan, menyatakan bahawa pembunuhan umat Islam tidak boleh menjadi latar filem mengenai “keteguhan wanita kulit putih. .”
Pejabat Ardern melaporkan dalam satu kenyataan ringkas bahawa perdana menteri dan pihak kerajaan tidak terlibat dalam pembikinan filem tersebut.
Deadline melaporkan bahawa warga New Zealand iaitu Andrew Niccol akan menulis dan mengarahkan projek itu dan skripnya ditulis berdasarkan perundingan dengan beberapa anggota masjid yang terlibat dalam tragedi itu.
Niccol menyatakan bahawa filem ini tidak banyak memberi tumpuan mengenai serangan, tetapi lebih memberi tumpuan terhadap tindak balas.
“Filem ini meangkat kemanusiaan yang sama. Itulah sebabnya saya fikir ia akan bercakap dengan orang di seluruh dunia,” kata Niccol kepada Deadline. “
Niccol terkenal kerana menulis dan mengarahkan “Gattaca” dan menulis “The Terminal” serta “The Truman Show,” yang mana dia telah dicalonkan dalam pencalonan Oscar.