TDM Dianugerahkan ‘Company Of The Year’ Bagi Tahun 2024

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – TDM Berhad (“TDM” atau “Kumpulan”), telah dianugerahkan ‘Company of the Year’ dalam kategori Perladangan dan Penjagaan Kesihatan untuk Anugerah Kepimpinan Kelestarian di majlis anugerah Sustainability & CSR Malaysia 2024, di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif TDM Berhad, Najman Kamaruddin, berkata anugerah itu merupakan pengiktirafan kepada komitmen TDM dalam mengamalkan amalan kelestarian dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

“Ini adalah usaha dan dedikasi berterusan pasukan kami dalam menyokong serta menggabungkan prinsip Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) ke dalam operasi perladangan dan penjagaan kesihatan.

“Selain itu, pengiktirafan ini juga bukan sahaja mengukuhkan reputasi TDM tetapi juga sebagai syarikat yang bertanggungjawab terhadap komuniti dan alam sekitar.

“TDM berhasrat untuk terus menerajui amalan kelestarian dalam usaha menjaga kelestarian bumi kita,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau lagi,  TDM turut mendapat penarafan 3 bintang dalam siri indeks FTSE Bursa Malaysia, selepas semakan separa tahunan pada bulan Jun 2024.

“TDM telah tersenarai antara lima syarikat perladangan terbaik yang mendapat penarafan tinggi daripada 39 syarikat perladangan yang tersenarai.

“Pencapaian ini juga menjadi tanda aras untuk kami bergerak maju ke hadapan bagi mengejar kelestarian dan kejayaan jangka panjang dengan sentiasa menambah baik amalan ESG sebagai teras perjalanan kami,” katanya.

Sementara itu, KMI Healthcare juga telah memperoleh reputasi sebagai penyedia penjagaan kesihatan yang dipercayai dan menjadi pilihan dalam komuniti.

“Baru-baru ini, organisasi tersebut memenangi Anugerah ‘GlobalHealth Asia Pacific’ di Phuket, Thailand, sebagai Hospital Pakar Komuniti Terbaik Malaysia.

“Kejayaan ini bukan hanya menjadi pencapaian TDM, tetapi juga bukti kepada semua pihak berkepentingan

tentang tekad kami untuk terus berinovasi dan membangun program CSR yang bermanfaat serta mematuhi prinsip-prinsip ESG sebagai teras perjalanan kami,” tambah Najman.