Telefon 5G PERCUMA untuk Penjawat Awam dengan redONE Postpaid Mukmin Baharu!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Berita baik untuk penjawat awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan! redONE Mobile syarikat telekomunikasi yang dikenali dengan penyediaan perkhidmatan inovatif untuk semua, baru-baru ini telah memperkenalkan pelan redONE Postpaid Mukmin baharu dengan lebih banyak ganjaran, khusus untuk anda!

Pelan ini menawarkan pelbagai kelebihan yang boleh anda manfaatkan menerusi 3 pilihan mengikut kesesuaian bajet masing-masing iaitu pelan Mukmin68, Mukmin168 dan Mukmin268 yang dipadatkan dengan data pantas serta panggilan tanpa had pada liputan rangkaian terluas.

Pelan Mukmin68 merupakan pilihan yang amat berbaloi jika anda bercadang untuk beralih ke pelan postpaid 5G yang menawarkan telefon 5G percuma dengan yuran akses bulanan hanya RM68 sahaja. Lebih menarik lagi, bukan sahaja telefon 5G yang diberikan secara percuma, pengguna juga dapat menikmati penjimatan tambahan melalui rebat bil untuk sebulan!

Jika anda mencari pelan yang menawarkan pengalaman penggunaan 5G harian yang lebih lancar, pelan Mukmin168 dengan yuran bulanan RM168 adalah pilihan yang tepat kerana ia disertakan telefon 5G mampu milik dan berspesifikasi lebih tinggi, memastikan anda menikmati kestabilan dan kelajuan rangkaian 5G tanpa gangguan.

Buat anda yang menginginkan telefon pintar berprestasi tinggi untuk memaksimumkan pengalaman 5G, pelan Mukmin268 dengan yuran bulanan RM268 adalah pilihan yang paling ideal kerana ia menawarkan pilihan telefon 5G terkini dengan spesifikasi premium untuk memberikan anda akses kepada ciri-ciri canggih bagi penggunaan yang lebih intensif.

Satu lagi keistimewaan pelan Mukmin baharu ini adalah kemudahan potongan gaji bulanan melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA). Ini memudahkan penjawat awam untuk menguruskan pembayaran bulanan mereka tanpa perlu risau tentang kelewatan atau masalah pembayaran.

Selain itu, langganan turut disertakan dengan perlindungan insurans khairat premium sehingga RM12,500 yang memberikan ketenangan fikiran dan jaminan sokongan untuk anda dalam situasi yang tidak dijangka.

Jadi, janggan tunggu lagi! Layari redONEMobile.com.my atau kunjungi kedai redONE Mobile berdekatan anda untuk tukar ke pelan redONE Postpaid Mukmin dan nikmati lebih ganjaran sekarang!