WASHINGTON: Tembakan rambang di Lewiston, Maine disifatkan insiden paling buruk di Amerika Syarikat pada 2023, menurut statistik Gun Violence Archive (GVA).
Sekurang-kurangnya 22 orang maut manakala 60 lagi cedera dalam kejadian tembakan rambang di dua lokasi di bandar itu, menurut laporan media pada Rabu.
Pihak berkuasa di Androscoggin County berkata pasukan kecemasan menerima laporan mengenai kes tembakan di beberapa lokasi.
Polis negeri Maine kemudian mengeluarkan rakaman kamera pengawasan seorang lelaki bersenjata yang disyaki penyerang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Suspek serangan itu masih bebas dan orang ramai di kawasan itu diminta supaya sentiasa berwaspada,” kata Polis Maine di X.
— BERNAMA