Tempat Ibadat Sebaiknya ditutup, Saran Gabenor London

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Perdana Menteri Boris Johnson bercakap pada sidang media Covid-19 di No 10 Downing Street pada 7 Januari 2021.
Foto-Andrew Parsons / No 10 Downing Street]

Tempat-tempat ibadah di London seperti gereja, masjid, sinagog harus ditutup dengan segera kerana risiko jangkitan Covid-19, kata Gabenor London, Sadiq Khan. Permintaan Sadiq Khan itu dinyatakan berdasarkan penutupan kebanyakan Masjid Utama di ibu kota meskipun setakat ini serangan Covid-19 di sana berada dalam kadar yang tidak membimbangkan.

Khan memberi amaran bahawa lebih daripada satu peratus daripada sembilan juta penduduk di bandar ini diuji positif Covid-19 pada minggu pertama Januari, dengan satu dari 30 penduduk pada masa ini dianggarkan dijangkiti. Melalui sekatan terkini, tempat-tempat ibadat di England, Wales dan Ireland Utara dibenarkan untuk terus dibuka. Kerajaan Scotland memerintahkan mereka ditutup.

Sadiq Khan tekah mengutuskan sebuah surat kepada Perdana Menteri. Berdasarkan penulisannya, Khan telah meminta agar tempat-tempat ibadat ditutup, antara lain untuk mengatasi krisis.

Terdapat banyak penutupan masjid secara sukarela di UK, meskipun setakat ini masjid tersebut selamat dari Covid.

Hampir semua masjid besar di wilayah bandar kecil di London seperti Ealing, Hackney, Harrow, Haringey, Kensington, Leyton, Redbridge, Tower Hamlets dan Westminster, termasuk di Cambridge dan Woking telah menutup masjid bermula minggu pertama Januari 2021.

Dalam satu kenyataan kepada The Muslim News, Gabenor London ini menyatakan, “Komuniti yang berpegang dengan ajaran agama mencerminkan perkara-perkara yang baik dari bandar ini, sejak bermulanya peringkat awal wabak ini, mereka memberikan bantuan dan keselesaan kepada warga London dari semua latar belakang dan kepercayaan, namun berikutan virus covid-19 yang semakin menjangkiti di kalangan komuniti, saya tidak lagi perpandangan bahawa kehadiran orang ramai di rumah ibadat dapat dijamin keselamatannya.

“Itulah sebabnya saya meminta agar Pihak Pemerintah untuk segera menutup tempat ibadah, kecuali untuk upacara pengebumian. Sehingga itu berlaku, saya menggesa semua organisasi masjid di London untuk meneliti lebih dalam mengenai hal ini secara teknikal dan fokus pada tindakan yang paling selamat untuk semua warga London – tindakan ini bertujuan untuk mengelakkan semua ibadah yang dilakukan secara berjemaah dapat dielakkan buat masa ini untuk membantu mengurangkan risiko jangkitan “

Perdana Menteri UK, Boris Johnson mengumumkan sekatan penutupan negara dilaksanakan pada 4 Januari, dan memohon agar penduduk hanya menetap di rumah untuk mengawal rebakan virus dan menyelamatkan nyawa.

Salah satu masjid terbesar di England dan ibukota, East London Mosque (ELM) telah ditutup pada 6 Januari, dengan pengurusan berjanji untuk mengkaji semula keputusan tersebut.

Jurucakap ELM menyatakan kepada The Muslim News, “Keputusan ini tidak akan dipandang ringan. Sebagaimana seperti bulan Mac yang lalu, ketika kita dan banyak masjid lain ditutup bahkan sebelum pemerintah mengumumkan penutupan sekatan nasional, kita mengutamakan keselamatan jemaah masjid, kakitangan dan sukarelawan.