Tengku Hassanal berangkat ke Majlis Kesyukuran, Doa Selamat Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-63 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota, di sini.

Al-Sultan Abdullah yang diputerakan pada 30 Julai 1959, kini bersemayam di Istana Negara selepas ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 2019.

Keberangkatan tiba baginda pada 6.30 petang diiringi Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan kerabat Diraja Pahang.

Turut hadir barisan pentadbiran Pahang yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan ketua-ketua jabatan.

Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan doa selamat kesyukuran ulang tahun keputeraan Al-Sultan Abdullah dipimpin oleh Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, sebelum doa akhir tahun 1443 Hijrah dan awal tahun 1444 Hijrah dibacakan.

Tengku Hassanal kemudiannya menunaikan solat Maghrib yang diimamkan Mohamad Syaheed Sabri.

Sumber: BERNAMA

Sabah antaranya ‘Original Sabahan’, ‘Anak Kampung’, ‘Sayang Kinabalu’ dan ‘Sumandak Sabah’.

Selepas berjalan kira-kira satu kilometer dari Kementerian Wilayah Persekutuan menuju ke lokasi ikonik Putrajaya itu, irama lagu patriotisme antaranya ‘Oh, Malaysiaku!’, ‘Tanggal 31’, ‘Seruan Tentera’ dan ‘Darah Satria’, yang dibawakan Pancaragam Setia Perwira daripada Jabatan Imigresen, nyata membakar semangat peserta untuk meneruskan perjalanan ke lokasi pelancaran program.

Ketibaan Ismail Sabri bersama Jemaah Menteri dan peserta program Berjalan Teguh Bersama di garisan penamat di Dataran Putrajaya pada 9.33 pagi, disambut oleh paluan muzik Pergendangan Malaysia dari pelbagai kaum oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.

Sumber: BERNAMA