Tentera Israel serang Masjidil Aqsa

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter


BAITULMUQADDIS – Tentera rejim haram aparteid Israel sekali lagi menyerang Masjidil Aqsa, semalam.

Menurut laman TRT World, tentera Zionis menyerbu masjid suci umat Islam itu menggunakan bom gas, bom tangan bunyi dan membelasah jemaah Palestin tanpa belas kasihan.

Para saksi dan pasukan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan, ramai yang cedera akibat dari serangan itu.

Kata pasukan Bulan Sabit Merah lagi, tentera Zionis turut menyerang ambulans dan memecahkan cermin dan menghalang, sehingga saat ini, pekerja ambulans dan kenderaan daripada memasuki Masjid Al-Aqsa.

Polis rejim haram aparteid Israel mendakwa, mereka menahan berpuluh-puluh rakyat Palestin kerana melaksanakan I’tikaf, satu amalan agama di mana umat Islam bermalam di masjid untuk beribadah dan membaca al-Quran.

Sumber: Samudera.my