TER Tawar Pakej Terapi Untuk Kanak-Kanak OKU

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Terengganu Equestrian Resort melalui Penubuhan Menunggang Kuda bagi Orang Kelainan Upaya (RDA) Negeri Terengganu menawarkan pakej program terapi untuk anak-anak istimewa yang berdaftar dengan PPKI dan PPDK.

Penolong Pengurus RDA Terengganu, Nur I’zzaty Mohd Sanusi berkata program terapi ini ditawarkan secara percuma kepada anak-anak istimewa negeri Terengganu yang dijemput.

“Kita ambil pelajar daripada umur 8 tahun hingga 18 tahun, bagi sekolah rendah dan sekolah menengah”

“Kita biasanya akan jemput untuk kawasan daerah yang dekat, tetapi ada juga permintaan dari (pelajar) daerah lain, dan jika datang dari daerah lain kebiasaanya akan datang waktu yang ditentukan oleh mereka tetapi untuk yang kami jemput biasanya akan ikut watu kami”.

“Untuk terapi ini, kita biasanya buatkan untuk anak-anak ini kita cuma nak bina dia punya keyakinan, disiliplin kerana anak-anak istimewa ini dia tidak bersukan macam orang lain, jadi kita jadikan terapi berkuda ini sebagai salah sukan dia”

“Terdapat banyak maklum balas daripada ibubapa dan guru-guru mereka mengenai keberkesanan perubahan kepada mereka sedikit demi sedikit”.

Tambahnya lagi, bagi satu sesi pagi mengambil masa 15 hingga 20 minit yang akan dipecahkan kepada tiga dan empat kumpulan bergantung kepada kakitangan RDA Terengganu.

Terapi RDA Terengganu ini akan bermula seawal 8:30 pagi sehingga 10:30 pagi pada setiap hari bergantung kepada jumlah pelajar yang hadir.

– UNIT BERITA MANIS FM