KUALA TERENGGANU – Terengganu masih merekodkan kadar pendaftaran terendah bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat kelmarin.
Tiga negeri lain yang turut merekodkan kadar pendaftaran terendah adalah Sabah, Kelantan dan Pahang.
Berdasarkan statistik dipaparkan di laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Sabah mencatatkan peratusan terendah pendaftaran vaksinasi iaitu 42.9 peratus dengan setakat ini, 1,182,703 penduduk dewasa sudah berdaftar.
Ia diikuti Kelantan yang mencatatkan 64.5 peratus atau 796,795 penduduk berdaftar, Pahang dengan 79.5 peratus (934,493) dan Terengganu pada kadar 79 peratus (683,240).
JKJAV turut memaklumkan, setakat ini jumlah pendaftaran sudah mencapai 20,885,218 orang di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 13,816,971 penduduk sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 di 705 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.
Sumber: TRDI News