Terengganu Dikenakan PKP Bermula 22 Januari

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU, 19 Januari – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri Terengganu bermula 22 Januari hingga 4 Februari depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, dan Perlis turut dikenakan perintah berkenaan.

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen hari ini.?Beliau berkata kerajaan membenarkan aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah untuk pelajar sekolah mulai 1 Sept ini mengikut Garis Panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.?– fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Katanya, keputusan itu dibuat selepas enam negeri tersebut merekodkan jumlah kes positif yang agak tinggi sehingga 18 Januari 2021.

“Bagi negeri Terengganu, sehingga 18 Januari 2021 secara kumulatif sebanyak 875 kes positif telah direkodkan di negeri ini.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan di negeri ini mula merekodkan kes penularan tempatan yang tinggi iaitu 403 kes telah dilaporkan dalam masa 14 hari, daripada 42 mukim di mana satu mukim telah menjadi merah, dua mukim zon jingga dan 39 mukim zon kuning. 

“Sehubungan dengan itu, atas penilaian risiko dan nasihat KKM berdasarakan peningkatan kes, maka kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKP,” katanya dalam sidang media kelmarin.

Sebelum ini, pada 11 Januari, negeri Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Sabah dan Melaka diletakkan di bawah PKP sehingga 26 Januari. 

Pengumuman PKP itu diikuti dengan negeri Kelantan dan daerah Sibu, Selangau dan Kanowit di negeri Sarawak dikenakan pada 16 Januari hingga 29 Januari 2021.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, prosedur operasi standard (SOP) PKP dikemaskini untuk negeri-negeri baru dikenakan PKP akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“KKM juga akan meneliti sama ada PKP akan diteruskan atau diturunkan kepada PKPB seminggu sebelum PKP tamat. Tunggu keputusan KKM,” tambah beliau.

Sumber: TRDI News