Banjir gelombang kedua melanda Terengganu apabila seramai 192 penduduk daripada 57 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah berikutan rumah mereka dinaiki air malam tadi.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, daripada jumlah itu seramai 15 mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering manakala 151 mangsa daripada 46 keluarga di SK Tok Jembal, Kuala Nerus.
Katanya, PPS ketiga yang dibuka ialah di Dewan Sivik Seberang Pintasan, Dungun melibatkan 22 mangsa dan terbaharu di Setiu pula masih dalam proses mengemaskini data.
“Hujan renyai-renyai yang berterusan dalam tempoh agak panjang sejak tengah hari semalam menyebabkan banjir dan beberapa PPS dibuka dari pukul 10 malam hingga pagi ini,”
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di seluruh Terengganu hari ini. -UTUSAN ONLINE