Terengganu Equestrian Resort Perkenal Iftar Berkonsepkan ‘Open Garden’

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai mula perkenalkan Iftar dengan berkonsepkan ‘Open Garden’ kepada pengunjung yang ingin berbuka puasa sempena bulan Ramadan ini.

Pengurus Operasi TER, Mohd RizwanTufail Ahmad berkata bagi bulan Ramadan, TER menyediakan pelbagai menu menarik bagi Iftar buat pengunjung yang hadir.

“Kita menyediakan lebih kurang antara lebih 50 jenis bufet menu hidangan kita yang terdiri daripada antara yang ‘hot’ seperti kambing bakar, steamboat, lauk-pauk antaranya, ayam percik, ikan talapia goreng, mi goreng dan kuetiau goreng”.

Tambah beliau, berbanding tahun lepas pakej bagi iftar di sini bermula dengan harga RM 45, manakala bagi tahun ini TER menawarkan pakej bagi berbuka puasa bermula dengan RM 65 bagi dewasa, RM 30 bagi kanak-kanak dan istimewa bagi warga emas pula RM 35.

Menurut beliau, setakat ini sejak awal Ramadan, beliau amat berpuas hati dengan kehadiran pengunjung yang berbuka puasa di sini dengan kehadiran lebih 100 hingga 200 pengunjung sehari.

“Jadi Insyallah kita akan teruskan sehingga dua hari sebelum Hari raya buffet Ramadan ini kepada pengunjung”, beliau berkata demikian selepas Majlis Berbuka Puasa di Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, Kuala Terengganu semalam.

Turut hadir sama Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Equestrian Resort (TER) bersama kakitangan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM),YBhg . Dato’ Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri bersama kakitangan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM).

– UNIT BERITA MANIS FM