Terengganu FC Menang Tipis, Daki Tangga Ketiga Liga Super 2020

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Terengganu FC (TFC) berjaya mengakhiri kempen Liga Super musim ini di tangga ketiga setelah menumpaskan Pahang 2 -1 pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, sebentar tadi. Dengan kemenangan itu, skuad kendalian Nafuzi Zain mengumpul 19 mata di belakang naib juara, Kedah yang mengutip 22 mata selepas menewaskan Perak 3-2.

Beraksi di gelanggang sendiri, Sang Penyu nyata berkelebihan di atas kertas apabila turun dengan lima import berbanding Tok Gajah yang hanya menurunkan Adam Micheal Tull sebagai awang import.

Biarpun tanpa tonggak import, aksi pemain Tok Gajah tidak mengecewakan apabila kerap kali melakukan percubaan tepat selain berjaya menghalang barisan penyerang skuad Penyu daripada bermaharajalela dalam kawasan penalti.

Usaha berterusan tuan rumah untuk memburu gol kemenangan akhirnya berhasil menerusi kapten, Lee Tuck pada minit ke-82 untuk menjadikan kedudukan 2-1 hingga tamat perlawanan.