Terengganu Inc Perkasa Amalan Patuh Syariah GLC di Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Syarikat induk pelaburan kerajaan negeri,Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) menggerakkan inisiatif strategik bagi memperkasakan pematuhan syariah buat semua urusan perniagaan danpelaburan korporatnya, menjadikannya antara syarikat GLC yang melaksanakan patuh syariah di Terengganu.

Menurut Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanudin HilmiMohamed @ Harun, “Terengganu Inc komited dalam memastikan semua aktivitiurusniaga dan hal-hal kewangan melibatkan anak syarikat milik kerajaan negerisentiasa mematuhi garis panduan syariah.”

“Pelaksanaan perniagaan dan pelaburan yang dikawalselia parameter syariah dilihatsebagai salah satu bentuk sistem yang beretika dan bertanggungjawab sosial disamping dapat membantu kadar literasi pelaburan berteraskan Islam di kalanganrakyat Terengganu dan meningkatkan penghayatan dan penguatkuasaan hukumagama Islam secara mendalam,” katanya dalam Terengganu – Inc UniSZA

‘Professorial Talk: Investment and Shariah Compliance Dilemma’ hari ini.Terengganu Inc telah mewujudkan Jawatankuasa Syariah pada September 2022 serta telah menggunapakai rangka kerja tadbir urus syariah (Syariah Framework).

Jawatankuasa ini berperanan memberi nasihat kepada Lembaga Pengarah dan pengurusan, termasuk anak-anak syarikat kumpulan serta memberikan input berkaitan syariah untuk memastikan operasi perniagaan dan pelaburan sentiasamematuhi prinsip yang digariskan.

Turut hadir di ‘Professorial Talk’ adalah YBrs. Prof. Dr. Wan Norhayate binti Wan Daud, Penolong Naib Canselor UniSZA (Strategik dan Penarafan) Pengarah, Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA, dan YBrs. Prof. Madya Dr. Mazuri Abd Ghani, Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan UniSZA.

‘Professorial Talk’ yang diadakan di Dewan Perdana, UniSZA merupakan kolaborasistrategik yang disertai 200 peserta dari pelbagai latar belakang korporat dan akademik.

Sesi tersebut disempurnakan oleh Burhanudin bersama Prof. Dr. Wan Norhayate dan disaksikan oleh ketua anak-anak syarikat Kumpulan Terengganu Inc.

-UNIT BERITA MANIS FM