Terengganu pertimbang hebahan kepentingan vaksin Covid-19 dalam khutbah Jumaat

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Terengganu: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ( Maidam) telah mempertimbangkan untuk menguarkan-uarkan maklumat berkaitan kepentingan vaksin Covid-19 dalam khutbah Jumaat.

M.Rozi Bidin iaitu Ketua Pegawai Eksekutifnya berkata, langkah itu bagi memastikan umat Islam mendaftar dan menerima manfaat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, katanya perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu dengan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad.

“Maklumat mengenai kepentingan pengambilan vaksin Covid-19 mungkin akan dimasukkan sedikit dalam khutbah Jumaat.

“Tetapi, belum dipastikan lagi bila akan dilaksanakan kerana perlu berbincang dengan pesuruhjaya agama dahulu,”katanya.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS menyeru agar semua pihak berperanan untuk menyedarkan masyarakat berkenaan kepentingan suntikan Covid-19.

Katanya, Islam meletakkan menjaga nyawa sebagai keutamaan sehingga dihalalkan perkara haram.

Sumber: Utusan Malaysia