Terkejut jumpa durian kembar

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Jerantut: Seorang penduduk di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, di sini, terkejut apabila pokok durian miliknya menghasilkan buah kembar.

Japrun Ali, 63, berkata, setiap pagi dia akan mencari buah durian gugur dari lima pokok ditanam di belakang rumahnya sejak 20 tahun lalu.

“Pagi tadi, ketika mahu membawa masuk buah durian gugur ke dalam rumah, saya perasan dua durian yang melekat.

“Kalau pisang kembar, memang biasa saya tengok, tetapi ini kali pertama melihat durian kembar.

“Walaupun isinya tidak berwarna kuning seperti durian klon, tetapi putih kekuningan, rasanya berlemak, sedikit pahit, isi tebal dan mempunyai biji kecil,” katanya.

Sumber: My Metro