Tertekan pedal minyak, kereta rempuh kedai

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Hutan Melintang– Seorang warga emas dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kereta dipandunya merempuh kedai alat telekomunikasi di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3.25 petang itu, lelaki berusia 64 tahun terbabit memandu kereta Honda Accord.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata ketika kejadian lelaki itu mahu meletakkan kereta di hadapan kedai itu.
Bagaimanapun, katanya lelaki itu tersalah tekan pedal minyak menyebabkan keretanya hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam kedai.
“Kereta itu melanggar peralatan dalam kedai itu, namun kejadian tidak menyebabkan kecederaan kepada pemandu dan orang awam yang berada di dalam kedai itu.
“Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1958 (Rule 10 LN166/59),” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Sumber : Berita Harian