TFL Super League, Premire League, U16 & U12 bakal diperkenalkan mulai 2023

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bakal perkenalkan Football League (TFL) Super League, TFL Premire League, TFL Under 16 dan Under 12 mulai pada tahun 2023 hadapan.

Menteri Besar memerangkap Presiden PBSNT Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata TFL pada tahun hadapan diperkenalkan untuk mencungkil bakat-bakat baru di peringkat akar umbi.

“Kita akan laksanakan liga baru untuk umur bawah 12 tahun dan bawah 16 tahun di mana ini adalah antara cara untuk kita mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pemain dan mereka ini yang bagus boleh dinaikkan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Objektif TFL adalah untuk untuk mencungkil bakat-bakat baru di peringkat daerah dan mereka yang ada bakat terpendam ini akan di bawa ke peringkat berikutnya sebagai pelapis kepada pemain utama negeri Terengganu.

“Kita juga akan bincang dalam peringkat jawatankuasa terutamanya berkenaan kewangan dan masalah-masalah lain untuk menjayakan TFL pada tahun akan datang,” katanya ketika ditemu ramah selepas Kongres PBSNT di sini, hari ini.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM