Tiada Episod Hujan Lebat Sehingga Rabu – Met Malaysia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) negeri meramalkan tiada episod hujan lebat berlaku di negeri ini untuk tempoh sehingga Rabu ini.

Pengarah Pejabat Meteorologi negeri, Rosli Zakaria, berkata keadaan cuaca diramalkan bertambah baik bermula hari ini.

Bagaimanapun, katanya hujan pada sebelah pagi terutama di kawasan pantai masih berlaku.

“Secara amnya, keadaan cuaca dijangka bertambah baik sehingga Rabu ini.

“Episod hujan lebat dijangka berterusan mulai Khamis ini,” katanya melalui kenyataan media,hari ini.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun daripada 182 orang kepada 140 sehingga jam 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, berkata penurunan angka itu berikutan penutupan PPS Masjid Kampung Merbau Menyusut di Setiu yang menempatkan seramai 42 mangsa membabitkan lapan keluarga.

Katanya, PPS berkenaan dibuka jam 12.30 tengahari kelmarin dan ditutup jam 10.50 malam tadi berikutan keadaan cuaca yang semakin baik.

“Setakat ini hanya tujuh PPS yang aktif bagi menempatkan 54 keluarga membabitkan 140 mangsa,” katanya.

Sumber: Berita Harian